Wednesday, December 28, 2011

MoTiVasi BerSama

KITA SEBENARNYA lebih gembira menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARRAM

 KITA SEBENARNYA lebh tahu apa itu 14 FEBRUARI daripada 12RABIULAWAL

KITA SEBENARNYA lebih membesarkan SABTU & AHAD daripada JUMAAT

KITA SEBENARNYA lebih khusyuk MENDENGAR LAGU daripada AZAN

KITA SEBENARNYA lebih suka LEPAK, TIDUR, TENGOK TV daripada SEMBAHYANG

 KITA SEBENARNYA lebih tahu NAMA2 ARTIS daripada NAMA2 ULAMA’

 KITA SEBERNARNYA lebih suka menyebut HELLO @ HAI daripada ASSALAMUALAIKUM

KITA SEBENARNYA lebih suka MEMUJI MANUSIA daripada TUHAN KITA SENDIRI

KITA SEBENARNYA lebih suka MEMBACA MAJALAH daripada BUKU2 AGAMA & ALQURAN

KITA SEBENARNYA lebih suka pergi ke KONSERT daripada CERAMAH AGAMA

KITA SEBENARNYA lebih suka MEMAKI, MENGUMAT ORANG daripada DOAKAN MEREKA

 KITA SEBENARNYA lebih suka MENCARUT daripada MENYEBUT MASYAALLAH

 KITA SEBENARNYA lebih suka KEMUNGKARAN daripada BERBUAR KEBAIKAN

KITA SEBENARNYA lebih bangga DENGAN KEJAHILAN daripada BERSYUKUR DENGAN KEIMANAN KITA

 KITA SEBENARNYA lebih cintakan URUSAN DUNIA daripada URUSAN AKHIRAT

KITA SEBENARNYA lebih suka MENUJU KE SYURGA daripada NERAKA

                 TAPI ................LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH S.W.T. ???


 Time kita membawa Al-quran, syaitan boleh Chill lagi, Time kita membukanya, syaitan start to “ weh dia ni ada apahal doh “
 Time kita membacanya , syaitan dah gigil
Time kita memahaminya, syaitan Cramp Whole Body.
 Time anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita, Syaitan sure stroke

 TERUSKAN MEMBACA & AMALKANNYA SUPAYA SYAITAN TOTALLY STROKED, JANTUNGNYA MATI…. ::WHEN U GUYS WANNA SEND THIS MASSAGE, SYAITAN PUN MENCEGAHNYA:: SYAITAN BERKATA “ jangan sebarkan, tak penting pun, buang masa je”

 So, what are u waiting for ???...
JOM SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT !! RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL !!!

JOM CINTAKAN SUNNAH !! ^^

Amalan2 Sunnah setelah Bangun Tidur

 1. Sapu kesan tidur di wajah dengan tangan
 Hadis riwayat Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangkit dari tidur, lalu duduk sambil menyapu kesan tidur pada wajahnya dengan tangan."

 2. Membaca Doa Bangkit Dari Tidur
Hadis riwayat Imam Bukhari: الْحَمْدُللهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ ~ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami (tidur) dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

 3. Bersugi
 Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tatkala bangun dari tidur, beliau akan menggosok giginya dengan siwak (kayu sugi)."

 JUST SIMPLE RIGHT ??..
Selamat beramal

~Jom Cintai Sunnah~






















































































Tuesday, December 27, 2011

...::11 jenis manusia didoakan malaikat::...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.



Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah


Nabi SAAW bersabda yang bermaksud "Allah SWT mencipta 100 Rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam syurga)." - Riwayat Muslim.....wassalam,,