Thursday, December 5, 2013

Hadiah Persahabatan


 KISAH KITA

Masih terpahat waktu itu,
Kita membuka langkah,
Berjanji sumpah,
Menguntai rantaian Ukhwah,
Sambil tangan menadah,
tanda syukur pada Allah,
Tanpa rasa akan terpisah..

Masih terpahat waktu itu,
Kau, aku dan juga kami,
Berlari mengejar mimpi,
Berlajan membayang pelangi,
Berpimpin hati dan budi,
Mengenal sucinya nurani,
Tentang perhubungan ini,
Sungguh aku merasakan ianya suci,
Sesuci embun dipanyungi hari,
Sejuk menggetar sanubari..

Masih terpahat waktu itu,
Laparku dibayar,
Sunyiku dilayar,
Sakitku menghindar,
Kerana kalian yang bernama teman,
Mengisi semua kenangan,

Kini pahatku seakan longgar,
Rapuh...

Lekuk itu semakin dalam,
Tawa kalian semakin suram,
Bayangnya tenggelam kelam.


created by,
Syakir Shaili
Mu'tah University, el-Karak The Hashimate Kingdom of Jordan
B.A (Hons) Fiqh Wa al-ushul (Jurisprudence)

.....................................................................................................................

Rindu Bertamu di Ardu Barokah !!

Aku doakan Sahabat sentiasa bahagia,
Bersama mengejar cita-cita,
Walau kita di cemburui masa,
Andai takdir kita kan kembali bersama.

Sungguh aku Rindu,
Bertemu kalian seperti dulu,
Andai aku pergi dulu,
ku mohon Doa iringi Aku...

Salam Rindu dari Jauh
Uhibbukum Fillah !!



Friday, November 22, 2013

Barisan di Akhirat

Barisan manakah yang mungkin kita sertai?diakhirat nanti ??
Dunia sedang menuju di akhir hayatnya,
semoga kita sempat memohon ampunanNYA sebelum menutup mata, dan diberi kesempatan untuk bertaubat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku
mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian
datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN 1
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 2
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 3
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 4
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam
jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN 5
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk
itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 6
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 7
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 8
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 9
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak
yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 10Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 11
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka
terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 12
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat
lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah,
maka garanglah terhadap dirimu sendiri.
Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
Wallahua'alam.

Wednesday, January 4, 2012

~Doa PeNeraNG haTi~


DOA PENERANG HATI

يَامُعَلِّمَ اِبْرَاهِيْمَ الْحِكْمَةَ عَلِّمْنَا ، يَامُفَهِّمَ سُلَيْمَانَ فَهِّمْنَا ، فَفَهَّمْنَهَا سُلَيْمَنَ ، وَكُلًا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ، وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُ,دَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ، وَكُنَّا فَعِلِينَ ،

يَارَبَّ سُلَيْمَانَ ، وَيَا رَبَّ اِبْرَاهِيمَ ، وَيَارَبَّ مُوسى وَعِيسى ، وَيَا رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،

أَخْرِجْنَا مِنْ ظُلُمَاتِ الْجَهْلِ وَالنِّسْيَانِ ، بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، اللَّهُمَّ زِدْنَا عِلْمًا , وَارْزُقْنَا فَهْمًا ، بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ ، اللَّهُمَّ نَوِّرْنَا بِنُورِ عِلْمِكَ ، وَأَبْعِدْنَا النِّسْيَانَ ، بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ ، اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ ، بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .

Ganti nama untuk perkataan bergaris

نَا = kami

هُ = dia (lelaki)

هُمْ = mereka

نِي = saya

هَا = dia (perempuan)

Terjemahannya:

Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan kami, ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami. Firman Allah SWT “maka kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya” (SURAH AL-ANBIYA’ ayat 79) . Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad SAW, selamatkanlah kami daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMU wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMU wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmuMu, dan jauhkan kami daripada lupa dengan rahmatMU, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMU, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

v Selamat menjalani imtihan nihaei/exam final kepada semua pelajar Malaysia di Jordan terutama di UNIVERSITY MU’TAH dan kepada bakal2 khirijin semoga kalian dapat menamatkan semester dengan mumtaz!~amin~

jadikan doa sebagai amalan harian dan senjata utama untuk kita Berjaya… semoga ALLAH memudahkan urusan kita bersama..fighting!!!

…:::bitaufeeq wannajah:::….



Wednesday, December 28, 2011

MoTiVasi BerSama

KITA SEBENARNYA lebih gembira menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARRAM

 KITA SEBENARNYA lebh tahu apa itu 14 FEBRUARI daripada 12RABIULAWAL

KITA SEBENARNYA lebih membesarkan SABTU & AHAD daripada JUMAAT

KITA SEBENARNYA lebih khusyuk MENDENGAR LAGU daripada AZAN

KITA SEBENARNYA lebih suka LEPAK, TIDUR, TENGOK TV daripada SEMBAHYANG

 KITA SEBENARNYA lebih tahu NAMA2 ARTIS daripada NAMA2 ULAMA’

 KITA SEBERNARNYA lebih suka menyebut HELLO @ HAI daripada ASSALAMUALAIKUM

KITA SEBENARNYA lebih suka MEMUJI MANUSIA daripada TUHAN KITA SENDIRI

KITA SEBENARNYA lebih suka MEMBACA MAJALAH daripada BUKU2 AGAMA & ALQURAN

KITA SEBENARNYA lebih suka pergi ke KONSERT daripada CERAMAH AGAMA

KITA SEBENARNYA lebih suka MEMAKI, MENGUMAT ORANG daripada DOAKAN MEREKA

 KITA SEBENARNYA lebih suka MENCARUT daripada MENYEBUT MASYAALLAH

 KITA SEBENARNYA lebih suka KEMUNGKARAN daripada BERBUAR KEBAIKAN

KITA SEBENARNYA lebih bangga DENGAN KEJAHILAN daripada BERSYUKUR DENGAN KEIMANAN KITA

 KITA SEBENARNYA lebih cintakan URUSAN DUNIA daripada URUSAN AKHIRAT

KITA SEBENARNYA lebih suka MENUJU KE SYURGA daripada NERAKA

                 TAPI ................LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH S.W.T. ???


 Time kita membawa Al-quran, syaitan boleh Chill lagi, Time kita membukanya, syaitan start to “ weh dia ni ada apahal doh “
 Time kita membacanya , syaitan dah gigil
Time kita memahaminya, syaitan Cramp Whole Body.
 Time anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita, Syaitan sure stroke

 TERUSKAN MEMBACA & AMALKANNYA SUPAYA SYAITAN TOTALLY STROKED, JANTUNGNYA MATI…. ::WHEN U GUYS WANNA SEND THIS MASSAGE, SYAITAN PUN MENCEGAHNYA:: SYAITAN BERKATA “ jangan sebarkan, tak penting pun, buang masa je”

 So, what are u waiting for ???...
JOM SEBARKAN, MOGA BERMANFAAT !! RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL !!!

JOM CINTAKAN SUNNAH !! ^^

Amalan2 Sunnah setelah Bangun Tidur

 1. Sapu kesan tidur di wajah dengan tangan
 Hadis riwayat Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangkit dari tidur, lalu duduk sambil menyapu kesan tidur pada wajahnya dengan tangan."

 2. Membaca Doa Bangkit Dari Tidur
Hadis riwayat Imam Bukhari: الْحَمْدُللهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ ~ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami (tidur) dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

 3. Bersugi
 Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tatkala bangun dari tidur, beliau akan menggosok giginya dengan siwak (kayu sugi)."

 JUST SIMPLE RIGHT ??..
Selamat beramal

~Jom Cintai Sunnah~






















































































Tuesday, December 27, 2011

...::11 jenis manusia didoakan malaikat::...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.



Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah


Nabi SAAW bersabda yang bermaksud "Allah SWT mencipta 100 Rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam syurga)." - Riwayat Muslim.....wassalam,,

Friday, September 16, 2011

One-to-one Dengan Hati Kita


Jika kita sedang berdiri sembahyang hari-hari melakukan yang terbaik untuk 'merasa' lebih dekat kepada Allah SWT, tetapi masih sahaja merasa jauh.

Jika kita tertanya-tanya mengapa orang-orang di sekeliling kita semua menangis seperti bayi manakala kita benar-benar kurang emosi.

Jika kita boleh melihat orang-orang dengan hati yang lembut dan mata menangis pada solat mereka, tetapi ia seolah-olah tidak berlaku dan kita gagal untuk mencapai tahap itu dalam ibadah rohani kita.

Maka tiba masanya untuk perbualan yang serius satu-sama-satu dengan hati kita.

Tanya Hati Kita

Mengapa begitu sejuk?

Mengapa perkataan-perkataan Sang Pencipta tidak mempunyai kesan atau impak ke atas kita sama sekali?

Adakah ia terlalu sombong takbur, bahawa ia tidak memerlukan Tuhan itu?!

Tanya ia mengapa begitu sukar?

Mengapa tidak ada emosi yang dinyatakan sama ada ketakutan atau kegembiraan dengan Pencipta?

Tanya ia mengapa munafik? Ia akan menangis menonton filem walaupun ia tahu ia tidak real tetapi tidak akan menangis apabila mendengar tentang kebenaran destinasi muktamad.


Dan..

Teruskan menggali lebih dalam sehingga kita menemui jawapannya.

Dapatkan jantung kita untuk PECAH di hadapan Allah SWT.

Menangislah.. Walaupun sekali....
Tidak ada perasaan yang lebih manis dari hati yang ikhlas yang menangis kepada Allah.

Jangan biarkan hari-hari kita berlalu pergi, tetapi kita tidak menangis walaupun sekali di hadapan Tuhan kita.

Insya-Allah..