Saturday, April 16, 2011

~wARna - waRNi diseBalik s0Lat di aWaL waKtu~

Assalamualaikum ..

Why you must pray ??.. other religion also pray!! .. the answer is.....

Sains telah membuktikan bahawa solat itu dpt memberi tubuh badan kita sihat….
inikan pulak kalau kita selalu solat di awal waktu….
Mengapa di katakan s0lat awl waktu itu lebih afdal ??
manusia mgkin bolh menafsir kebaikan dari sudut zahirnya sahaja,
namun, ada juga kelebihan dari segi Rohaninya yg kita sendiri perlu buat baru kita tahu hikmahnya.

Setiap peralihan waktu solat itu sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga ALAM ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna ALAM~

WAKTU SUBUH

* Pada waktu subuh alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengeruhi sistem metabolism tubuh.
* Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi.
* Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapu masalah komunikasi dan rezeki.
* Ini kerana, tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (jaga daripada tidur).
* Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap yang optimum.
* Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep RESONAN pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
* Kesimpulannya disini, mari sama22 kita berfikir mengapa selalu badan kita terasa lemah atau rezeki kita berkurang walaupun kita tidak pernah berhenti berdoa dalam kita berikhtiar…jadi inilah jawapannya….marilah sma22 kita ISLAH DIRI,NIAT DAN AMAL KITA ANDAI TIDAK BERHASIL TAJDIDKAN DIRI,NIAT DAN AMAL KITA…sesungguhnya segala yang datang pada diri kita bkn dri manusia tpi dari ALLAH tAALA ….ingatan ini buat diri muja , shabt2 dan umat islam didunia ini~


WAKTU ZUHUR
* Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau ( ISYRAQ DAN DHUHA) kemudian warna kuning menandakan masuknya zuhur.
* Spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan KECERIAAN.
* Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
* Renung-renungkanlah kenapa hari22 kita rsa sedih, resah, gelisah dan selalu dilanda kemurungan?....



WAKTU ASAR
* Kemudian warna akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar.
* Spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang merangkumi reproduktif rahsia warna oren ialah kreativiti.
* Orang yang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih matang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan roh seseorang itu terpisah ( tidur ).
* Tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


WAKTU MAGHRIB
* Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah.
* Ini kerana, spectrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis ( infra-red ) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
* Mereka yang sednag dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini ( solat mahgrib dulu) kerana banyak interferens ( pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot saraf dan tulang.
* Hemm…baru tahu kan kenapa org tua2 ( ibu bapa) kita melarang utk kita bermain di luar ….tmbh22 budak2~

WAKTU ISYAK
* Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini, menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensi nya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
* Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya , inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur DELTA dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
* Selepas tengah malam, alam mula bersinat kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar, pineal, pituitary, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam pada waktu ini di panggil QIAMULLAIL.
* Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-caman kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, gi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alah kesihatan tubuh. Namun begitu, Islam itu sangat istimewa, kita tidak perlu untuk taichi, Cuma berwuduk dan bersolat diawal waktu apatah lagi kalau di tambah dengan solat berjemaah di masjid.


* Kita sebagai umat islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh ALLAH S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
* Hakikat ini seharunya menginsafkan kita bahawa ALLAH S.W.T mewajibkan solat keatas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang NYA sebagai pencipta kerana DIA tahu hambanya ini amat-amat memerlukannya….
* Mari sama-sama kita berfikir sejenak...andai penyakit-penyakit ini ada dalam diri kita,,
jom kita bermuhasabahlah..!!

wassalam...

sumber yang diperolehi: Ust Zahazan Mohamed

No comments: