Thursday, January 7, 2010

PESANAN KHAS BUAT SEMUA UMAT ISLAM DIDUNIA..


Pesanan untuk Umat Islam di Malaysia...Wakil Kerajaan HAMAS.....

Alhamdulillah,Allah memilih kami yg berada di Palestin supaya berjihad.Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta. anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam diseluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga.Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran.Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.Mengapa?Hanya kerana kami mengucapkan LA ILAHA ILALLAH dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin.Pengusiran dari rumah,kampung halaman dan juga tanah air.Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun yang dapat disenaraikan sudah kami lalui.Generasi berganti generasi,umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka.Ia adalah jihad,kemuliaan dan bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti.Semoga Allah menerima pengorbanan kami.

Semasa detik-detik awal penjajahan,kami,saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan.Selepas beberapa waktu,gerakan Islam dibantai penjajah.Walau bagaimanapun,pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami.Sehingga zaman Jamal Abdul Naser,sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai,kami juga turut menerima kesannya.Semenjak tarikh itu,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah.Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan.Usaha pendidikan, dakwah, tarbiah, dan kebajikan menjadi agenda utama kami.Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.Sehingga pada pertengahan tahun 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan.Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu,kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin.Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah.Perjuangan kami bukan hanya sekadar mahu memerdekakan sekeping tanah,tetapi bagi memandu kebangkitan semula umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

Semenjak hari pertama pertubuhannya,HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin.HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami.HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang,Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS.Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka.Kemenangan ini walaupun indah,namun ia adalah ujian yang getir bagi kami.Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS.Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu politik pemerintahan.Semakin bertambah beban,semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia,kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia.Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama.Kami dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu.Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama.Kami adalah wakil saudara di Palestin.Kemenangan kami adalah kemenangan saudara.Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara.Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta islam di seluruh dunia.Tidakkah saudara sedar perkara ini?jika saudara tidak sedarkan perkara ini,siapa lagi yang akan menyedarinya?

Umat Islam di Malaysia sekalian,menjadi pemerintah tidak mudah.Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan.Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sesebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah zionos yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim.Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan.Inilah realiti kerajaan yang kami terajui.Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin.Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini,para pegawai kerajaan,termasuk para menteri,tidak menerima gaji semenjak tiga bulan yang lalu.Tahap pengangguran mencapai 31 peratus di Gaza dan tebing Barat.bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan.Ubat-ubatan di hospital semakin berkurangan.Baru-baru ini,tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan mencukupi.Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.Malah persidangan parlimen (Majlis Legislatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua berlaku?Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis.AS dan juga EU.Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu.Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan zionis.Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah.Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami.Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya.Mereka juga menutup laluan udara, darat, dan laut Palestin.Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun,kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin,saudara seislam kami masih dapat membantu kami.Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya.Kami yakin juga,saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam,apatah lagi daripada rejim Zionis.Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami?Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang.Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid.Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang.Namun, kami memrlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan.Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua.Kamia tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian.Kami tidak akan memaaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,kami mengharapkan saudara bersikap proaktif.Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 ( bersamaan RM3.60 ) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Kami juga ingin melihat saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia,termasuk pertubuhan-prtubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan al-Aqsa.Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu,saudaralah harapan kami.

Akhir sekali,kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalm doa-doa saudara sekalian.Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid.Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa suatu hari nanti.Pada masa itu,bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahu akbar!!!!!!!!!!

Saudaramu,

Khalil Ismail al-Hayya

Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin,

14 Mei 2006.

1 comment:

kak faiz solehan said...

salam ziarah dik.......:)