Tuesday, May 17, 2011

~Jasamu terpaHat dihaty~




SELAMAT HARI GURU buat semua guru22 di maktab mahmud sik dan maktab mahmud pokok sena..n guru2 semalaysia…tidak ku lupa kepada sahabat22 ku yang bakal dan telahpun bergelar guru..jasa kalian sentiasa dikenang.....kenangan bersama tidak pernah dilupakan......

SEBAIT KALAM BUAT GURU-GURU KU TERCINTA

Tika dahulu aku hanya seorang murid...
Aku masih ingat, saat kau memarahiku...
Saat kaumerotanku...
Namun aku tidak akan melupakan saat kaumendidikku...
Kaulah yang membentukku...
Dan kerana kau, aku kini sedang menuju jalan itu...
Aku ingin juga bergelar guru yang tabah sepertimu..
Sekecil- kecil Ilmu itu terlalu bermakna buat diriku untuk melangkah ke alam fana…
guruKu…andai dulu aku tidak suka akan dimarahi …
kerana aku tidak mengerti ..
namun kini aku sedar…
ketegasan mu adalah kerana engkau mengharapkan aku menjadi manusia yang berguna…
segala didikan mu guru akan ku pahatkan dalam memori hidup ku ..
agar dapatku memanfaatkan ilmu yang engkau curahkan…
bukan jua untukku bahkan jua untuk generasi ku…
“TERIMA KASIH GURU KU”

Created by : nuRULieman_amALina






SEKALUNG DOA BUAT GURU-GURU KU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan guru-guru kami yang banyak berjasa buat diri kami.
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



No comments: